Search
Close this search box.

Top 5 Makanan Anti-Radang Patut Dimakan Jika Sakit Lutut

Facebook
Twitter
WhatsApp

Top 5 Makanan Anti-Radang Patut Dimakan Jika Sakit Lutut

Radang merupakan punca utama berlakunya kesakitan di sendi, termasuk di lutut.

Namun, terdapat banyak cara untuk mengurangkan radang. Dengan mengurangkan radang, berkurang juga rasa sakit.

Antara cara mengurangkan radang adalah dengan sedikit senaman atau fisioterapi, mengambil supplement, dan juga menjaga pemakanan yang mengandungi anti-oksidan.

Berikut adalah “Top 5” Makanan Anti-Radang Yang Patut Dimakan Jika Sakit Lutut

 

  1. Sayuran Berwarna Hijau


    Sayuran hijau seperti bayam, brokoli, kangkung, sawi padat dengan anti-oksida. Digalakkan setiap kali makan harus dipastikan ada sayur-sayuran hijau sebagai salah satu lauk pauk.

  2. Buah-Buahan Yang Bewarna Terang


    Warna yang terang adalah tanda-tanda buah tersebut mengandungi banyak serat dan juga anti-oksida. Contohnya buah bewarna unggu terang  seperti anggur dan plum. Begitu juga buah bewarna oren dan kuning seperti betik, nenas, buah oren dan lain-lain.

  3. Halia dan Kunyit


    Kita harus bersyukur kerana halia dan kunyit mudah hidup di negara kita, dan boleh didapati dengan mudah di mana-mana pasar, kedai runcit dan pasaraya. Sedangkan di negara barat mereka tercari-cari dua tumbuhan ini bagi merawat sakit lutut mereka, dan juga merawat radang yang lain.

    Oleh itu selalu gunakan bahan ini di dalam masakan. Ia bukan hanya berkhasiat tetapi juga menambahkan rasa dan aroma di dalam masakan.

  4. Kekacang


    Kekacang seperti almond, pistacio, kacang gajus amat baik sebagai makanan yang mengurangkan radang dan juga amat berkhasiat untuk jantung. Tapi seeloknya makan kacang yang belum dimasak. Elakkan kacang yang telah diproses dan disaluti banyak garam, gula, madu dan lain-lain perasa tambahan.

  5. Green Tea atau Teh Hijau


    Mengikut kajian, teh hijau mengandungi banyak anti-oksidan dan membantu kurangkan radang.

 

Begitulah “Top 5” makan anti radang yang boleh membantu mengurangkan kesakitan pada lutut. Dinasihatkan agar sentiasa menjaga pemakanan, istiqamah di dalam melakukan senaman renang dan fisioterapi mudah setiap hari, dan juga mengamalkan pemakanan supplement untuk merawat sakit lutut dari osteoarthritis secara alami dan holistik.

Iklan:


Klik sini untuk lihat bagaimana ActivKnee Pro boleh bantu membina semula tulang rawan dan cecair lutut secara kendiri.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart