Search
Close this search box.

Senaman Mudah Yang Menambah Pelincir Lutut

Facebook
Twitter
WhatsApp

Senaman Mudah Yang Menambah Pelincir Lutut

Salah satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh sesorang yang sakit lutut adalah menguatkan sendi lutut, dan menambahkan pelincir lutut secara semulajadi.
Melalui satu senaman bernama “Quad Set” anda boleh menambahkan pelincir lutut dan mengurangkan sakit lutut.
Baru-baru ini kami telah mendapatkan khidmat nasihat dari seorang pakar sakit lutut Laurie Kertz Kelly, MPT, OCS. Tujuan nya supaya kami dapat menyampaikan kaedah senaman ini yang paling tepat kepada pembaca.
Khidmat nasihat ini dalam talian melalui aplikasi Zoom.

Senaman ni akan tambahkan cecair, dan juga buat cecair bertambah pekat.

 

Digalakkan dibuat 5 kali sehari, oleh itu jika dilakukan setiap kali selepas solat amat disarankan.

 

Senaman ni sekadar utk merangsang otot.

 

Ia sepatutnya tidak letih.
Dan sepatutnya tidak sakit.

 

1. Setiap kali lepas solat, duduk atas lantai dan luruskan kaki
2. Pastikan tumit bersentuh dgn lantai
3. Cuba kemut otot peha di belah atas selama 5-10 saat.
Pastikan tak sakit. Kalau sakit lutut, ambil tuala dan gulung2kan dan letak bawah lutut, dan cuba lagi.
Kalau masih sakit, tambah tuala lain dan gulungkan bersama tuala asal supaya lebih besar gulugannya dan letak bawah lutut. Sampai tak sakit bila kita kemutkan otot peha
4. Bila dah jumpa gulungan towel yang sesuai dan tak sakit. Kemut otot tu 5-10 saat sahaja. Kemudian relax
5. Dan ulangi proses ni sebanyak 20 kali.
6. Sepatutnya buat 100 kali. Jika dibuat setiap kali lepas solat, bermaksud cuma perlu 20 kali setiap waktu solat

Video ini dari Laurie Kertz akan memberi rujukan tambahan supaya lebih jelas:

Adakah dengan melakukan senaman ini masih perlu makan supplement sakit lutut?

Jika kita sihat, tiada  apa-apa gejala, aktif dan ‘cah ligah’ , memang tak perlu supplement.
Cukup dgn jaga pemakanan supaya seimbang seperti yg disarankan.
Pemilihan makanan berkualiti dgn kuantiti yg betul dan frekuensi makan (kekerapan/waktu makan) yg baik membuatkan kita menikmati kesihatan yang baik dan sihat segar sentiasa.
Yang jadi persoalan kita, berapa ramai yg mengamalkan corak pemakanan begini?
Dengan budaya pemakanan berminyak, fast food, dan  dibebani lagi ngan pandemik dan pembatasan aktiviti harian begini, sukar nak betul-betul sihat tanpa gejala. Oleh itu supplement sakit lutut amat disarankan.
Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart