Kita semua pernah terkena, bila raya sakan dan terlebih makan.
Perasaan kembung, penuh, sarat, kemalasan, tiada tenaga – memang tak kena dengan jiwa kita.
Makanan sepatutnya memberikan kita nutrisi, tenaga supaya bersedia nak hadapi apa saja tugas dan kerja.
Tapi bila penghadaman kita tak berfungsi dengan baik, ia memberikan kita kesan yang terbalik pula.
- Rasa betul-betul tiada tenaga
- Rasa nak baring je, pejam mata dan terus lelap
- Seluar tiba-tiba rasa ketat
- Rasa ada makanan terlekat di perut atau kerongkong
Apa nak buat bila jadi macam ni?
Minumlah cuka epal, atau apple cider vineger (ACV).
Ia menyokong asid di perut secara lembut dan alami. Ini penting, kerana perut berasid adalah langkah pertama menghadamkan makanan, dan supaya kita rasa lebih lega.
Rasulullah pernah bersabda, “Sebaik-baik hidangan makanan ialah cuka. Ya Allah berkatilah cuka, sesungguhnya cuka itu makanan nabi-nabi terdahulu sebelum Aku dan jangan terputus cuka dalam suatu rumah.” – HR Muslim