Search
Close this search box.

Tentang Kami Lama

Tentang Kami

Kami memperjuangkan terapi holistik yang berupaya menyeimbangkan tubuh badan, minda dan semangat sekaligus merangsang atau menggalakkan kepada gaya hidup yang sihat. 

Kami yakin bahawa badan kita dapat sembuh secara kendiri melalui kaedah rawatan tertentu secara alami.

Kita sedia maklum bahawa tidak semua penyakit boleh diatasi dengan kaedah moden. Inilah pentingnya rawatan komplimentari iaitu saling melengkapi antara satu sama lain dengan perubatan konvensional.

 

Visi Kami

Memberi kebebasan kepada pengguna untuk memilih ikhtiar rawatan holistik secara alami dengan kos yang tidak membebankan

 

Misi Kami

Memberi rawatan holistik secara alami yang tidak membebankan melalui 4 kaedah utama iaitu:-

  1. Supplement Alami yang selamat, tiada kesan sampingan dan menepati ciri keselamatan di dalam proses pengilangan.
  2. Stimulatherapy – fisioterapi gabungan urutan Jawa dan perubatan tradisional China yang berdaftar di bawah Bahagian Perubatan Tradisional dan Komplementari  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
  3. Makanan dan resipi-resipi Rawatan (Culinatherapy)
  4. Penyampaian Ilmu dan pendidikan kesihatan kepada pesakit dan juga kepada bakal perawat

Aktiviti Stimulatherapy, Culinatherapy dan pendidikan kesihatan ditangguh sementara wabak Covid-19 masih berleluasa.

Supplement Alami masih diteruskan aktiviti jual beli secara online.

Shopping Cart