Search
Close this search box.

jawatan kosong: sertai team kami

Junior customer happiness rockstar

Adakah anda rasa kepuasan menggembirakan orang dengan memberi khidmat terbaik?

Adakah anda suka melayan pertanyaan di Whatsapp dengan gembira dan penuh dengan emoji 🤗 🙋‍♀️

Kami adalah syarikat supplement kesihatan yang mementingkan layanan Tip Top pada semua pelanggan kami.

Kami sedang membuka peluang jawatan kosong kepada Junior Customer Happiness Rockstar secara sepenuh masa (full-time).

Lokasi kerja adalah di Taman Wangsa Behrang, Behrang, Perak.

Dalam peranan ini, anda akan 

  • Menjawab whatsapp pelanggan dengan cepat dan ramah
  • Mempelajari asas kesihatan untuk memadankan produk supplement yang sesuai dan selamat kepada pelanggan
  • Meyakinkan pelanggan untuk membeli jika ada kesesuaian
  • Secara konsisten bertanya khabar dan perkembangan kesihatan pelanggan
  • Menghantar laporan harian 

 

Tentang Diri Anda

Anda seharusnya seorang yang:

  • Suka berada di hadapan laptop dan telefon kebanyakkan masa dan melayan Whatsapp
  • Cepat menjawab Whatsapp dan tidak tertunggu atau teragak untuk menjawab
  • Rasa bertanggungjawab untuk mengutamakan kegembiraan pelanggan dengan layanan anda
  • Menjawab panggilan telefon untuk segelintir kecil pelanggan yang call dengan ceria dan penuh keyakinan
  • Disiplin dalam menjaga masa

Cara memohon

Hantar CV/Resume anda ke [email protected]

Terangkan juga latarbelakang diri anda dalam email.

Gaji

Gaji tetap adalah RM1,300 – RM1,800

Komisyen

Komisyen tambahan diberikan jika mencapai target yang ditetapkan

Pasukan Kami

Miela sentiasa pastikan customer semua berpuas hati dan dapat barang dengan cepat. Sekali sekala dia akan rotan kakitangan yang lain kalau mereka tak pandai jaga hati pelanggan 🙂

Asma adalah ketua darjah yang pastikan kami semua berdisiplin. Kalau ada di antara kami yang nakal, dia lah yang tegur – semuanya demi nak pastikan pelanggan kami berpuas hati

Diyana terkenal dengan memahami situasi kesihatan pelanggan kami. Dia sentiasa tenangkan customer dan memberi semangat dan motivasi supaya teruskan kekal menjaga kesihatan. Bukan mudah kerja ni 🙂

Khairul adalah seorang yang konsisten tanya khabar customer. Beliau pastikan setiap customer tiada halangan atau masalah. Memang superstar dalam customer support!

Zhorif adalah seorang superstar dalam marketing! Beliau dipertanggungjawankan untuk sentiasa update info terkini tentang produk, agar semua pelanggan dapat info yang penting sebelum buat keputusan 🙂

Ezat selalu mendoakan agar customer kami cepat sembuh! Beliau betul-betul tersentuh jika dapat berita ada pelanggan yang telah dapat perubahan yang mengubah kehidupan.

Shopping Cart