Cara Tambah Tenaga Bagi Orang Bekerjaya

Facebook
Twitter
WhatsApp
adult, couple, walking-1867702.jpg

Cara Tambah Tenaga Bagi Orang Bekerjaya

Menguruskan masa sebenarnya membazir masa.

Apa yang patut dibuat adalah uruskan tenaga.

Apa maksud saya?

Ada orang boleh selesaikan satu kerja mudah dalam 2 jam.

Tapi ada orang lain boleh selesaikan kerja yang sama dalam hanya 20 minit.

Apabila kita kurang tenaga, kurang fokus, kurang daya – kita tak efektif buat kerja.

Maksudnya orang tersebut kurang “Energy Per Hour Output”.

Kedua-dua kereta Toyata dan Ferrari akan boleh bawa kita dari JB ke Penang.

Salah satu akan bawa kita dengan lebih cepat, sambil mencuri perhatian orang sekeliling semasa kita meluncur lalu.

Salah satu lagi akan sampai juga destinasi – tapi lebih perlahan.

Sekarang ni jika energy anda cuma 4 dari skala 1-10, anda mungkin perlu 2 jam untuk selesaikan 1 kerja mudah.

Jika anda tingkatkan energy output ke nombor 8 dari skala 1-10, mungkin anda boleh selesaikan dalam 20 minit saja.

Sebab fungsi otak lebih baik, kebolehan menyelesaikan masalah akan lebih baik, dan anda akan dapat capai lebih banyak kerja dalam 1 hari.

Jadi macamana nak kawal energy?

Ada banyak cara…dan tak sempat kita nak cerita semua hari ni.

3 KUNCI BESAR yang saya sarankan adalah:

1. Paras Gula Dalam Darah. Kalau blood sugar level sepanjang hari stabil, tenaga anda akan tinggi, dan anda tidak akan “crash” mengantuk pada pukul 2pm.

Anda tidak akan mengidam atau “craving”, jadi tak perlu fikir pasal apa nak makan sepanjang masa. Anda akan lebih tajam untuk buat aktiviti paling penting dan produktif.

2. Tidur. Ini kunci produktiviti yang hebat.

Kalau kita bekerja sambil otak yang “blur” dan rasa letih, kita akan kalah. Orang sekekiling akan hairan bagaimana kita selalu aktif dan penuh tenaga jika kita cukup tidur.

3. Berjalan kaki. Aliran darah dari aktiviti berjalan kaki akan memenuhi sel otak dengan oksigen dan glukos – yang sangat diperlukan supaya dapat berfungsi dengan baik.

Lebih banyak dapat, lebih cekap mereka berfungsi.

Apa-apa aktiviti fizikal akan beri signal untuk merembeskan hormon-hormon utama termasuk seratonin (buat mood kita awesome), dopamine (buat kita fokus), norepinephrine (yang buat kita peka).

 

Ini akan berlaku jika badan anda s’ihat dan seimbang.

Jika ada sedang sakit, sering letih, sering angin, nafsu seksual dah kurang – bermakna badan anda kurang seimbang.

Ia perlu dibaiki dengan segera.

Jika anda hadirkan bahan keperluan yang mencukupi – badan anda akan repair dirinya sendiri.

Saya syorkan supplement ini untuk lengkapkan diri anda dengan bahan-bahan penting yang diperlukan untuk seimbangkan semula badan.

Semoga bertenaga selalu.

Facebook
Twitter
WhatsApp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Shopping Cart